Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) di mana inisiatif utamanya adalah untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.

Sejak mula beroperasi pada 2012 sehingga kini, Yayasan Peneraju telah merubah kehidupan lebih 40,000 penerima faedah daripada pelbagai golongan Bumiputera menerusi lebih 350 program pembiayaan yang merangkumi pelbagai segmen kumpulan Bumiputera termasuk golongan B40, M40 dari kawasan luar bandar dan kumpulan terpinggir di seluruh Malaysia.

Yayasan Peneraju komited untuk memastikan setiap penerima faedah akan terus maju dalam kerjaya dan kehidupan.

Apa yang Yayasan Peneraju tawarkan?

Antara objektif Yayasan Peneraju adalah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi program pembiayaan akademik (Peneraju Tunas), pensijilan TVET (Peneraju Skil), profesional (Peneraju Profesional), teknologi (Peneraju Teknologi) & spesialis (Peneraju Spesialis).

Pembiayaan yang ditawarkan adalah berbentuk penuh atau separa bergantung kepada program yang dimohon. Syarat kelayakan paling minimum adalah SPM sahaja (syarat adalah berbeza bagi setiap program). Secara amnya, program-program Yayasan Peneraju adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 – 45 tahun.

Seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang rasmi mereka, TIADA bayaran kemasukan/pendaftaran akan dikenakan kepada pemohon.

Apa yang unik dengan teras Peneraju Skil?

Program-program pensijilan TVET yang ditawarkan adalah diiktiraf di peringkat industri dan/atau antarabangsa. Oleh itu, bidang-bidang yang ditawarkan adalah relevan, seiring dengan trend pasaran pekerjaan dan berdasarkan permintaan industri agar para penerima faedah lebih future ready dan future proof.

Untuk sesetengah program, penempatan pekerjaan disediakan untuk penerima faedah selepas tamat program. Kumpulan sasaran adalah graduan baru, tenaga kerja muda dan pekerja mahir termasuk golongan yang bekerja, tidak bekerja atau kehilangan pekerjaan.

Apakah program-program yang ditawarkan di bawah teras Peneraju Skil?

Berikut adalah senarai program-program pembiayaan ditawarkan buat masa ini:

INDUSTRI PEMBUATAN

– Specialist In CAD/CAM – Advanced Computer Numerical Control & Manufacturing

Mensasarkan golongan tenaga kerja mahir yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang rekabentuk 3D. Peserta program akan memperoleh pensijilan Solidworks dari Dassault Systemés, USA setelah tamat program serta berpeluang untuk mencapai tangga gaji yang lebih tinggi terutamanya dalam industri aeroangkasa, automotif, minyak & gas, telekomunikasi dan perubatan.

– System Integration in Automation & Robotics
Penyedia Latihan: Kulim Advanced Technologies

Program Peneraju Skil System Integration in Automation & Robotics akan menjadi platform kepada para graduan dalam bidang teknologi maklumat, kejuruteraan dan elektronik atau individu yang kehilangan pekerjaan yang berumur dari 20 tahun hingga 40 tahun untuk mendapat latihan yang disasarkan selaras dengan permintaan terkini dalam bidang automasi dan robotik. Peserta program akan peroleh sijil dari SIEMENS setelah tamat latihan selama 2 bulan.

INDUSTRI MARITIM

– Dynamic Positioning Officer
Penyedia Latihan – Netherlands Maritime University College dengan kerjasama Lerus Singapore

Mensasarkan pelaut yang memegang Sijil Kekompetenan Deck Kelas 1,2, atau 3 yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Peserta program akan mendapat pensijilan yang diakreditasi daripada Nautical Institute of London.

INDUSTRI OIL & GAS

– Oil & Gas Talent Acceleration (Scaffolding Level 3)
Penyedia Latihan: HRSB Training

Peserta akan dilengkapkan dengan modul dan sijil berkaitan dalam bidang perancah termasuk Certificate of Competency Advance Scaffolding Competency Training for Tubular and Modular Types, Authorised Entrant and Standby Person for Confined Space (AESP), Basic Rigging and Slinging (BRS) dan Oil & Gas Safety Passport (OGSP).

Program ini dapat memberi nilai tambah baik dalam bidang minyak dan gas serta memberi peningkatan kerjaya kepada peserta untuk menjadi penyelia, pengurus projek atau pengurus pembinaan.

– Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0) dan Level 2 (CSWIP 3.1)
Penyedia Latihan: Nitkertz Academy Sdn Bhd (Latihan di TWI Malaysia Subang)

Welding Inspector Level 1 membolehkan para peserta memperoleh sijil CSWIP 3.0 manakala peserta Welding Inspector Level 2 akan mendapat sijil CSWIP 3.1 daripada The Welding Institute (TWI) yang mensasarkan golongan bekerja atau tidak bekerja berumur yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.

Objektif kesemua program-program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.

Selain daripada mendapat panduan dan nasihat daripada Majlis Penasihat Industri Yayasan Peneraju yang terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pengalaman luas dalam industri berkaitan, Yayasan Peneraju juga bekerjasama rapat dengan pemain industri, rakan-rakan program dan pihak berkepentingan bagi memastikan program yang ditawarkan berkualiti, relevan dan meningkatkan kadar kebolehpasaran penerima-penerima faedah.

Bagaimana untuk memohon?

Maklumat lanjut boleh didapati di yayasanpeneraju.com.my

Layari www.yayasanpeneraju.com.my untuk maklumat lanjut dan ikuti mereka di media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn Yayasan Peneraju untuk info terkini. Selamat berjaya!

Ini perkongsian menarik sekiranya anda berminat untuk meneruskan karier dalam bidang oil & gas. Baca lagi pada pautan di bawah.

11 Langkah Memiliki Kerjaya Jurutera Di Bidang Minyak Dan Gas

Lelaki Ini Jelaskan Mengapa Orang Ramai Perlu ‘Support’ Isi Minyak Di PETRONAS

Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Di KLCC Terima Sambutan Hangat