Anda pasti pernah menghadapi situasi yang mana dimasukkan ke dalam group WhatsApp yang disyaki berkait penipuan. Perkara ini mungkin dianggap hanya berlaku kepada orang awam sahaja, tetapi siapa sangka Menteri Komunikasi dan Digital turut menghadapi isu yang sama.

Menerusi ciapan terbaru YB Fahmi Fadzil, beliau berkongsi tentang pengalaman beliau dimasukkan ke dalam group WhatsApp yang disyaki melakukan kegiatan penipuan. Agak mengejutkan juga bagaimana penipu dalam talian ini boleh memiliki nombor peribadi beliau dan semudah itu memasukkan beliau ke dalam kumpulan tersebut.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter YB Fahmi Fadzil

Beliau lantas memaklumkan kepada PDRM dan SKMM mengenai kewujudan group WhatsApp scam ini dan meninggalkan mesej di dalam kumpulan itu. Sebaik suspek menyedari perkara tersebut, beliau telah dikeluarkan daripada kumpulan tersebut. Beliau juga meminta mangsa penipuan untuk hubungi segera talian 997 untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikan, suspek ini dilihat berkait dengan platform TikTok. Malah, kumpulan tersebut telah disertai oleh sejumlah pengguna tanpa disedari oleh mereka. Perkara ini sangat merisaukan kerana ada sebahagian individu yang mungkin termakan dengan tawaran palsu yang dibuat oleh penipu itu.

Sementara itu, terdapat respon daripada netizen yang meminta beliau untuk mencari solusi dalam mengatasi masalah ini daripada berleluasa. Isu lain yang turut dibahaskan bagaimana nombor telefon peribadi pengguna boleh diakses dengan begitu mudah oleh scammer.

Sekiranya anda menghadapi situasi seperti di atas, anda disarankan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa dan meninggalkan kumpulan tersebut segera. Seperti kenyataan yang sering diungkap, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya.