Satu berita yang mengejutkan ramai pihak pada hari ini apabila YB Maszlee Malik mewakili Parlimen Simpang Renggam dijangka bakal meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia seawal hari ini.

Menurut Malay Mail, beliau yang baru sahaja dilantik pada 21 Mei 2018 dilaporkan telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tengah hari ini dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengesahkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
298888
Sumber: The Star

Untuk pengetahuan, beliau sebelum ini popular dengan pengenalan kasut hitam buat pelajar sekolah, program sarapan percuma serta yang terbaru adalah penyediaan aplikasi buat para guru menukar sekolah secara suka sama suka.

Beliau kini dilaporkan sedang dalam sebuah mesyuarat tergempar bersama ahli-ahli kementeriannya sebelum mengumumkannya secara rasmi pada petang ini. Sama-sama kita nantikan sidang media yang bakal disiarkan langsung dari Putrajaya pada jam 4.30 petang mengenai keputusan yang dibuat.

Ketahui lebih lanjut mengenai YB Maszlee Malik yang berjaya mendapat dana sebanyak RM1 bilion untuk baik pulih sekolah daif di Sarawak. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Bagaimana YB Maszlee Dapat Dana RM1 Bilion Untuk Baik Pulih Sekolah Daif Di Sarawak

KPM Perkenalkan Program Sarapan Percuma Buat Semua Pelajar Sekolah Rendah Bermula 2020

 

Sumber