Dua tiga hari ini tular di media sosial video EXCO Menteri Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang dikatakan meninggi suara kepada penduduk sebuah taman. Perbalahan ini berlaku berikutan penutupan sebatang jalan yang dikatakan menyusahkan penduduk taman berkenaan untuk menjalankan urusan seharian.

Namun, Norhizam semalam telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang terguris perasaan terhadap tutur katanya. Namun, netizen menganggap cara Norhizam berkomunikasi dengan penduduk taman berkenaan sebagai keterlaluan dan tidak profesional.

Seorang gamer dengan nama JHunter secara kreatifnya menjadikan Norhizam sebagai salah satu watak penggusti untuk permainan video WWE 2K19. Ianya kini sedang bersiaran live di laman Facebook J Hunter. Pemilihan pakaian, cermin mata dan gaya potongan rambut memang persis tuan punya badan.

YB Melaka lawan Sultan Melaka
YB Melaka menang pertarungan dengan Sultan Melaka

YB Melaka bukan sahaja watak yang direka oleh JHunter. Antara individu lain yang dapat dilihat sepanjang sesi live streaming ini adalah Sultan Melaka, Anwar Ibrahim, YB Mat Sabu dan ramai lagi.

Sebentar tadi, video live ini mendapat tontonan mencecah 4,000 penonton ketika sesi perlawanan Royal Rumble yang dijuarai oleh Sultan Melaka. Terhibur seketika hati menonton sesi live ini.

Kreatif orang Malaysia memang tidak boleh dilawan. Silap-silap YB Melaka akan muncul di dalam permainan PUBG pula.