YB Syed Saddiq selaku Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini mengumumkan hasrat untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali dengan nama go-jek di Malaysia.

Cadangan ini dibuat selepas melihat permintaan yang tinggi bagi servis teksi motorsikal ini di negara Indonesia dan Thailand. Penawaran servis ini secara tidak langsung bakal meningkatkan lagi peluang pekerjaan bagi anak muda di Malaysia.

Selain itu, beliau turut memuat naik tweet kaji selidik sama ada adakah Go-Jek sesuai untuk diperkenalkan di negara ini.

Setakat ini, idea ini masih lagi dalam cadangan namun melihat kepada respon para netizen, ramai yang menyambut baik usaha ini. Penggunaan motorsikal pastinya membolehkan pengguna tiba ke destinasi dengan lebih cepat berbanding kereta khususnya di kawasan yang kerap mengalami kesesakan jalan jalan raya. Turut dicadangkan adalah pilihan buat penumpang wanita untuk memilih penunggang wanita sahaja bagi mengatasi isu muhrim.

Sebelum ini servis seakan ini daripada DegoRide pernah diimplemen di Malaysia sebelum diharamkan oleh pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, kajian terperinci bakal dilakukan sekiranya cadangan ini diimplemen secara rasmi di Malaysia.

Sumber