Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kreadibiliti seseorang individu sememangnya meyakinkan apabila berjaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Terbaharu Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim YB Yeo Bee Yin telah diangkat sebagai 10 individu terpenting menurut kajian jurnal saintifik, Nature.

Idea beliau mengenai dunia boleh menjadi lebih baik tanpa kebergantungan bahan fosil sepenuhnya telah melayakkan beliau untuk tersenarai dalam 10 individu terpenting untuk tahun ini. Berbekalkan Ijazah Sarjana dalam bidang kejuruteraan kimia dari University of Cambridge dan jawatan yang disandangnya kini lebih memudahkan beliau untuk membantu melaksanakan perubahan penjanaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.

capture-20181221-143828

Sumber: Nature

Antara perkara yang menjadi fokus beliau kini ialah mengenai isu pencemaran plastik yang semakin bertambah saban tahun. Usaha yang telah diambil untuk isu ini ialah pelancaran pelan tindakan dan rangka kerja 12 tahun untuk menyingkirkan penggunaan plastik sekali guna menjelang tahun 2030. Semoga semua usaha beliau akan mendatangkan hasil yang lebih baik untuk negara ini dan juga dunia. Tahniah YB Yeo Bee Yin.

Anda Mungkin Suka