Model Yeezy BOOST 350 V2 Glow nampaknya turut akan dilancarkan di Malaysia. Pada peminat setia Yeezy, model ini hanya akan dijual di adidas Originals Concept Store di Suria KLCC.

Ini bermakna, bilangan kasut ini adalah terhad dan sekiranya anda berminat, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu bermula jam 6.00 pagi dan mula membeli pada jam 10.00 pagi.

Saiz yang ditawarkan pula bermula dari saiz UK3.5 sehingga UK12 sekiranya anda mahu membeli Yeezy ini untuk seisi keluarga. Berdsarkan maklumat, tiada saiz untuk bayi dan kanak-kanak tersedia Sabtu ini. Harga jualan pula adalah RM1,300 sepasang.

Buat anda yang betul-betul berminat untuk mendapatkan model ini, anda boleh terus ke Suria KLCC selepas sahur Sabtu ini. Selamat berjaya.