Sudah agak lama tiada drop baharu untuk model ini. YEEZY BOOST 350 V2 ‘Semi-Frozen Yellow’ akan mula dipasarkan di seluruh dunia pada hujung minggu ini pada 18 November ini (Sabtu).

Berita baik buat ‘peminat’ YEEZY’! adidas Malaysia turut menerima stok terhad untuk model ini dan anda perlu menyertai cabutan untuk peluang membeli YEEZY ini mengikut saiz yang anda mahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pertamanya anda perlu ke outlet adidas Originals Suria KLCC esok pagi (bermula 6 pagi) untuk mendaftar. Hanya 500 tiket raffle akan dikeluarkan berdasarkan konsep first come first served. Cabutan pula akan dibuat pada hari Sabtu. Untuk terma dan syarat lanjut boleh dibaca di sini.

Ini antara inisiatif adidas Malaysia untuk mengelakkan pergaduhan tercetus dan tidak mahu perkara lalu berulang lagi. Ada yang berminat untuk mendapatkan BOOST 350 V2 ‘McChicken’ ini?