Buat anda yang tidak mahu membayar harga lebih untuk sepasang kasut Yeezy, jangan terlepas peluang untuk membeli Yeezy BOOST 350 V2 ‘Triple White’ yang akan kembali dijual 25 Januari 2019. Ini merupakan restock kali kedua untuk warna ini menjadikannya model Yeezy 350 V2 paling banyak dihasilkan setakat ini.

Lebih banyak butik adidas akan membawa masuk model ini dan peluang untuk anda membeli Yeezy ini adalah agak cerah. Cawangan adidas yang akan membawa masuk model ini adalah adidas Suria KLCC, Pavilion, Mid Valley, Gardens, One Utama, Gurney Plaza, Sunway Pyramid, Genting Sky Avenue dan Queensbay Mall.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Yeezy BOOST 350 V2 ‘Triple White’ akan dijual dengan harga RM990 sepasang. Untuk terma dan syarat pembelian, anda boleh membacanya di sini. Bagi anda yang tinggal jauh, jangan risau anda boleh membelinya secara atas talian di sini. Selamat membeli.