Akhirnya, adidas Originals telah mengeluarkan senarai kedai yang bakal menawarkan adidas Yeezy Powerphase “Core Black” yang bakal dijual pada hari 17 Mac iaitu sabtu ini.

YEEZY Powerphase diperbuat daripada kulit yang lembut pada bahagian atas, tapak getah dan die cut EVA (ethyl vinyl acetate) pada bahagian tengah. Jenama CALABASAS pada bahagian tepi kasut menyerlahkan rekaan Powerphase yang agak ringkas. Model ini turut disertakan dengan dengan tulisan berwarna krim yang ditulis perkataan Calababas, YEEZY “Core Black” yang bakal menjadi rebutan peminat sneakerhead.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepada para sneakerhead Malaysia boleh dapatkan model ini di adidas Originals Suria KLCC, KL dengan harga RM599. Oh ya pasti anda memilikinya sebelum dibolot oleh para reseller.