Yeezy Powerphase ‘Core Black’ akan berada di pasaran pada 19 Mac 2018. Spekulasi berkenaan tarikh pelancaran kasut ini sudah dibuat sejak awal tahun lagi tetapi jika informasi daripada Yeezy Mafia ini betul, ianya akan dilancarkan minggu hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dua warna telah dihasilkan untuk model Powerphase ini iaitu Core White dan Grey. Kasut ini hadir dengan warna semua hitam di samping tulisan emas ‘Calabasas’ dan tambahan logo adidas dalam warna hijau dan merah.

Model Powerphase adalah model Yeezy dengan harga pasaran paling mampu milik; dijual pada harga RM599 sepasang. Belum ada sebarang info sama ada kasut ini akan masuk ke pasaran Malaysia atau pun tidak. Jadi buat masa ini, anda boleh bersedia dahulu sementara menantikan update terkini untuk kasut ini.