Selepas YEEZY BOOST V2 Frozen Yellow dan Beluga 2.0, hujung minggu ini satu lagi kasut adidas x Kanye West akan dilancarkan iaitu YEEZY Powerphase. Pada edisi pertama, model Powerphase ini hadir dengan warna putih dan kali ini hadir pula dengan warna kelabu.

YEEZY Powerphase diperbuat daripada kulit yang lembut pada bahagian atas, tapak getah dan die cut EVA (ethyl vinyl acetate) pada bahagian tengah. Jenama CALABASAS pada bahagian tepi kasut menyerlahkan rekaan Powerphase yang agak ringkas. YEEZY Powerphase akan dijual pada 9 Disember di adidas.com dan butik butik kasut terpilih seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk peminat YEEZY di Malaysia, jangan risau kerana kasut ini anda masuk pasaran Malaysia dan setakat ini hanya adidas Originals Suria KLCC yang akan mendapat stok. Jadi anda akan cop or drop kasut CALABASAS ini?

adidas-yeezy-powerphase-grey-02

adidas-yeezy-powerphase-grey-03

adidas-yeezy-powerphase-grey-04