Trend kasut bulky untuk tahun ini boleh dikatakan bermula daripada kasut Yeezy Boost Wave Runner 700 ini. Namun tak ramai yang dapat memilikinya. Kalau anda nak juga, kenalah beli pada harga yang tinggi.

Jenama fesyen ternama, Zara nampak peluang yang terhidang untuk menghasilkan kasut Yeezy versi mereka sendiri. Kasut terbaru untuk koleksi mereka ini hampir sama dengan rekaan Wave Runner 700.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BankMUOFA0g/?tagged=waverunner700

Menggunakan warna coklat tanah, tali tebal dan rekaan yang hampir sama, ini mungkin kasut dengan corak Yeezy pada harga mampu milik yang ramai boleh beli. Bukan sekadar kasut Yeezy sahaja, kasut terbaru Balenciaga Triple-S juga tidak terlepas menerima nasib yang sama apabila turut ditiru oleh jenama Zara ini.

Ini bukan kes pertama Zara meniru rekaan kasut atau pakaian oleh pereka fesyen atau jenama lain. Namun ada pelanggan yang tidak kisah untuk membeli rekaan yang dibuat Zara asalkan ianya bergaya dan pada harga yang jauh lebih murah daripada produk yang sebenar. Kalau berminat, boleh cuba cari kasut ini di butik Zara berdekatan anda yang dijual pada harga hanya RM359.00.

wave runner 700
Yeezy Boost Waze Runner 700

zara2