Kadangkala susah betul untuk ungkapkan perasan cinta kita kepada seseorang. Lagi-lagi bila baru dalam fasa berkenalan. Tetapi kalau anda tengok Akim dalam muzik video Rentak Bahagia ini, gentle sahaja semasa beliau mahu pikat Stacy. Sampai Ternganga Akim lihat Stacy buat kali pertama. Betul-betul jatuh cinta ni!

akim_stacy_rentak_bahagia_official_music_video

Stacy kita sudah tahu kalau di atas pentas memang lincah Stacy menari. Special dalam video ini anda boleh lihat Akim juga turut menari! Last dia menari rasanya zaman Akademi Fantasia dahulu. Boleh tahan juga Akim menari!

akim_stacy_rentak_bahagia_official_music_video-1

Muzik video untuk lagu #RentakBahagia ini umpama sebuah filem muzikal pendek antara pasangan ini. Direktor untuk Muzik video ini pula direktor terkemuka tanah air, Osman Ali. Bukan calang-calang orangnya direktor untuk video muzik Akim & Stacy ini!

Biasa dengar ungkapan lautan api sanggup ku renang untuk buktikan cintaku padamu? Dalam muzik video #RentakBahagia ini, kalau Akim boleh menari untuk pikat dan tunjuk rasa cinta kepada Stacy, apa yang anda sanggup lakukan kepada pasangan atau crush anda?

akim_stacy_rentak_bahagia_official_music_video-2

Tunjuk dan luahkan rasa cinta anda menerusi Instagram dengan hashtag #RentakBahagia. Anda hanya perlu muat naik gambar yang menzahirkan perasaan cinta kepada pasangan anda. Kalau perkongsian anda terpilih, anda akan menang percutian ke Korea. Ini bukan main-main, ini perkara betul!

Caranya mudah sahaja. Anda klik di sini untuk baca syarat penyertaan. Kena join cepat sebelum 28 October ini, kalau tidak terlepas peluang anda untuk ke Korea. Jom sama-sama #RentakBahagia!

BACA : Ini Cara Paling Mudah Untuk Anda Dan Pasangan Bercuti Di Korea Secara Percuma