Cuba anda bayangkan apabila pada suatu hari, tiada siapa yang mengenali The Beatles dan cuma anda seorang sahaja yang tahu tentang muzik The Beatles? Itulah premise untuk filem hebat daripada United Kingdom ini, Yesterday.

Yesterday mengisahkan Jack Malik (Hamish Patel) yang terlibat dalam satu kemalangan. Apabila beliau bangun semula keesokkan harinya, beliau mendapati tiada siapa yang pernah tahu kewujudan The Beatles selain dirinya. Daripada momen itu, beliau menjadi artis ternama dunia dengan menyanyikan lagu-lagu hebat daripada The Beatles serta menjadi fenomena dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dapat dilihat Ed Sheeran juga membuat kemunculan khas dalam filem ini. Selepas demam Queen, mungkin demam The Beatles pula akan melanda dunia selepas ini? Yesterday akan ditayangkan di pawagam pada 27 Jun 2019.

Oh ya. Mahu tiket ke tayangan perdana Yesterday di TGV 1 Utama, 25 Jun 2019 ini? Nyatakan minat anda dengan sertai peraduannya di sini.