YoonA Girls’ Generation sedang bercuti dari sebarang aktiviti lakonan setelah baru selesai tayangan drama bersiri MBC, The King Loves pada September lalu. Masanya turut diisi dengan photoshoot, interview dan menghadiri majlis industri hiburan dan fesyen.

Terbaru YoonA telah berkongsi perkembangan terkininya dan beri kata-kata nasihat buat wanita muda menerusi majalah fesyen Elle Hong Kong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Baru-baru ini, saya menghabiskan 2 minggu beristirahat dan bercuti di Budapest, Vienna, Prague, dan Salzburg dengan keluarga. Saya benar-benar perlu berehat kerana saya telah bekerja untuk 3 projek berturut-turut.”

Menjadi sebahagian daripada Girls’ Generation selama 10 tahun sejak 2007, YoonA menyatakan:

“Ia tidak mudah untuk melakukan kerja yang sama selama 10 tahun, jadi saya rasa saya dapat berpuas hati dan mengucapkan tahniah kepada diri saya.

Ketika saya masih muda, saya sangat sensitif dan bimbang tentang apa yang difikirkan oleh orang lain, tetapi seiring dengan berjalannya waktu, saya menjadi lebih yakin dan mempunyai harga diri lebih tinggi. Saya lebih suka diri saya sekarang,” katanya.

“Sebagai seseorang yang mula bekerja pada usia 18 tahun, ini adalah sesuatu yang saya ingin beritahu kepada wanita muda. Saya berharap mereka mempunyai sikap yakin diri. Walau bagaimanapun, anda perlu mengawalnya kerana ia mungkin datang dengan penuh semangat.

Saya harap anda menjadi orang yang boleh menjaga diri anda dan seseorang yang mencuba perkara yang anda mahu lakukan. Jika anda melihat semula kemudian, saya berjanji akan ada sesuatu yang berbaloi.”

Dalam temubual bersama Crocs pada Mei lalu pula YoonA mahu wanita menyayangi diri sendiri kerana ia paling penting dalam kehidupan ini.

YoonA juga telah memenangi Anugerah Populariti di Asia Artist Award 2017 buat kali kedua pada November lepas. Dalam kesibukan berlakon, YoonA telah menghasilkan lagu terbaru nyanyian solonya pada September lepas dalam versi bahasa Korea dan Cina iaitu When The Wind Blows.

Sumber