Syarikat Yota Devices yang merupakan syarikat pengeluar telefon pintar, YotaPhone daripada Rusia telah diisytiharkan bankrap berikutan kegagalan jualan telefon mereka di pasaran.

Kegagalan tersebut menjadi punca utama kepada pengisytiharan bankrap untuk syarikat Yota Devices. Lebih-lebih lagi apabila pihak mereka gagal memasarkan model telefon pintar ke Amerika Syarikat dan 2 model terawal keluaran Yota Devices yang hanya mampu dijual sebanyak 75,000 unit sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

YotaPhone vckt

Pengisytiharan bankrap ini juga berkait rapat dengan isu saman yang difailkan oleh pembekal Hi-P dari Singapura. Mereka telah menfailkan saman terhadap syarikat Yota Devices sebanyak $126 juta pada tahun 2015 berikutan keengganan pihak YotaPhone menerima penghantaran dan membayar jumlah pesanan unit telefon yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Oleh yang demikian, Yota Devices telah menarik diri untuk meneruskan pengeluaran produk mereka di pasaran Rusia dan Eropah.