Sudah menjadi kewajipan untuk orang ramai menjaga tatasusila walaupun di mana kita berada. Situasi ini malah lebih dititikberatkan sewaktu berada di negara orang di mana kita diajar untuk bersopan serta menghormati budaya setempat.

Meskipun perkara asas ini diketahui ramai, masih terdapat lagi segelintir pelancong luar yang seolah tidak menghormati warga tempatan sewaktu melancong di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Situasi ini nampaknya berlaku serta turut dirakam menerusi perkongsian TikTok @rico_sibarani yang memperlihatkan pelancong arab yang menaiki bas serta dengan penuh biadap meletak kaki pada bahagian kepala tempat duduk pemandu bas.

Menerusi video tersebut dapat dilihat pemandu bas tersebut sangat berang selepas berkali-kali menegur perkara yang berlaku sekaligus memilih untuk menghalau pelancong Arab tersebut meskipun mendapat tentangan.

https://www.tiktok.com/@rico_sibarani/video/7186049665127730458?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed

@selalu_siap90

intinya di video ini yg salah pelancong dari Timur Tengah itu yg telah buat gaduh suasana.. tdk sopan pada driver bus.. wajar driver bus marah krn mmg harusny kita sopan di negara orang.. untunglah ad pelancong wanita asal Indonesia yg bisa menenangkan situasi krn dia bisa bahasa Inggris jg sdikit bahasa Melayu.. #Kita dukung driver Bus#dmna bumi d pijak disitu langit di junjung#pribahasa Indonesia

♬ suara asli – Rico – Rico_Sibarani

Situasi mula reda apabila terdapat seorang pelancong Indonesia yang tampil untuk menenangkan situasi berikutan kemahiran beliau yang boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Insiden yang dirakamkan itu telah meraih lebih 1.2 juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan pemandu bas ini. Malah terdapat netizen yang turut berkongsi rasa berang mereka terhadap segelintir pelancong arab yang biadap apabila melancong di tempat orang.

TikTok @rico_sibarani
TikTok @rico_sibarani

Situasi yang berlaku sekaligus mengajar orang ramai untuk saling beradab tanpa mengira tempat. Bertindak biadap di negara orang bakal membuat warga tempatan berang sekaligus memilih untuk melabel sesebuah kaum tersebut.