Pertandingan YOUthReka anjuran Nandos telah menjadi platform khusus untuk belia kreatif dari semua lapisan masyarakat untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta imaginasi mereka yang luar biasa di samping bertindak sebagai saluran untuk mendedahkan kerja mereka kepada orang ramai.

“Selama 11 tahun pertandingan ini diadakan, kami telah memfokus kepada menyediakan ruang bagi artis-artis muda ini untuk berkongsi kreativiti mereka dengan orang awam dan menjadikan seni lebih mudah diakses oleh orang ramai. Sehingga hari ini, masih ramai menanggap bahawa seni hanya boleh diakses oleh sekumpulan orang yang sangat kecil, tetapi perkara ini tidak benar, kerana seni boleh dicipta dan dinikmati oleh sesiapa sahaja,” kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia.

Pada tahun ini seramai 484 orang telah menyertai pertandingan ini yang merangkumi kategori seni halus dan digitial. Lebih daripada 40 karya agung telah dipamerkan oleh para peserta dari seluruh Malaysia.Pada akhir majlis pihak Nandos juga turut umumkan pemenang anugerah untuk tahun 2018. Pemenang Hadiah Utama adalah Choo Ai Xin dengan karya “Old Town Ipoh” dalam kategori Seni Halus dan Chew Song Kee dengan karya seninya “Crow Guest” dalam kategori Seni Digital. 

Turut menyertai mereka adalah Ong Cai Bin, meraih tempat Naib Johan dengan karya seninya “Peep’s World II” dan Lau Pik Yoke di Tempat Ketiga dengan karya seninya “A View of the Past” dalam kategori Seni Halus.

Inisiatif Seni Nando telah berfungsi sebagai platform untuk ekspresi dan perkembangan kreatif. Ini telah mengetengahkan satu barisan seniman muda di Malaysia yang kini mempunyai saluran yang menarik untuk mempromosikan kebolehan serta karya kreatif mereka.

A View of the Past, 2nd runner up by Lau Pik Yoke

Crow Guest, Digital Art Grand Prize by Chew Song Kee

Digital art Grand Prize Winner, Chew Song Kee with his artwork, Crow Guest.

Fine art Grand Prize Winner, Choo Ai Xin with her art work, Old Town Ipoh

Maternal, Digital Art 2nd runner up by Chew Yi Kai

Old Town Ipoh, Fine Art Grand Prize by Choo Ai Xin

Peep_s World II, Fine Art 1st runner up by Ong Cai Bin

Pic 1

Pic 2

Pic 3

Pic 4

Pic 6

The Spirit of Adventure, Digital Art 1st runner up by Nur Ain Shariffuddin