Sudah menjadi kebiasaan buat para penonton YouTube ‘dipaksa’ menonton iklan sebelum dan semasa video ditonton. Penawaran iklan ini secara tidak langsung memberi peluang para YouTuber menjana pendapatan begitu juga dengan platform YouTube.

Terbaharu, YouTube telah mengumumkan pembaharuan pada bentuk paparan iklan yang ditayangkan dimana lebih banyak iklan bakal ditayangkan di YouTube sewaktu sesebuah video ditoton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
youtube-in-stream-ads
Sumber: Disruptive Advertising

Menerusi format terbaru iklan daripada platform ini, YouTube sedia memasukkan iklan pada bahagian awal, pertengahan serta hujung video. Kemas kini terbaru YouTube juga bakal memperlihatkan iklan pada pertengahan video berdurasi 8 mnit dan ke atas.

Melihat kepada perubahan yang dibuat, mungkin sudah tiba masanya para pengguna yang mahukan pengalaman bebas daripada iklan untuk melanggan YouTube Premium yang pastinya tidak terkesan dengan perubahan terbaru YouTube ini.

Pada bulan lalu, Les’Copaque muncul sebagai channel YouTube Pertama Malaysia meraih diamond play button.

Les’ Copaque Muncul ‘Channel’ YouTube Pertama Malaysia Raih Diamond Play Button

Pasangan YouTuber Jepun Terima Hadiah ‘Berharga’ Dari Syarikat Malaysia