Kumpulan indie Malaysia, Bunkface telah tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik kekecohan yang berlaku sejak lagu Akhir Zaman dilepaskan ke khalayak umum.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Mereka telah dikecam teruk oleh kumpulan berhaluan kiri yang menyokong gerakan LGBT. Manakala sesetengah golongan lagi tampil mempertahankan kumpulan Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan.

Selepas Youtube menarik keluar lagu Akhir Zaman dari laman portal mereka. Dilaporkan bahawa Spotify dan Facebook juga telah melakukan perkara sama. Alasan yang diberikan adalah Bunkface telah menyebarkan kebencian melalui lagu tersebut.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, Bunkface tampil menjelaskan bahawa bait lirik ‘LGBT pergi mampus’ sebenarnya ditujukan kepada komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia dan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada komuniti Islam di negara ini.

Tambah mereka lagi, lagu ini ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Bukannya bersifat individu seperti yang dimomokkan oleh orang ramai.

“Yang haram tetap haram dan definisi Islam itu sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram Bunkface.

Antara kritikan yang diterima oleh Bunkface adalah daripada aktivis dan juga pengamal punk di Malaysia, Fahmi Reza. Beliau menyatakan bahawa sebuah kumpulan muzik yang membawa genre punk tidak sepatutnya menjerumus diri mereka ke dalam sikap diskriminasi kepada sesuatu puak.

Namun pujian juga telah diberikan oleh netizen kepada Bunkface kerana tampil menegur golongan kiri yang secara perlahan telah cuba mempromosikan budaya yang jauh dari norma masyarakat Malaysia.

Dalam masa yang sama, selepas dikeluarkan dari Facebook, Youtube dan Spotify. Bunkface tampil dengan jualan lagu berbentuk fizikal. Perkara ini telah diumumkan oleh mereka dalam satu kenyataan di Facebook.

“Mereka boleh keluarkan lagu kami, mereka boleh keluarkan video kami, tetapi mereka tidak boleh menafikan semangat kami!” Kata Bunkface dalam kenyataan mereka.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan CD Single Akhir Zaman dengan kuantiti terhad. Boleh terus ke laman Facebook rasmi mereka.

Berikut adalah cerita lain mengenai Bunkface, klik pautan di bawah untuk membaca.

Lagu Akhir Zaman Bunkface Dikecam Kerana Bantah LGBT