Sudah menjadi rutin buat orang ramai untuk membuka media sosial dan laman YouTube pada setiap masa. Sekiranya bukan untuk tontonan sekalipun, laman YouTube masih lagi menjadi pilihan orang ramai untuk mendengar lagu pilihan mereka.

Walaubagaimanapun, sejak pagi tadi laman YouTube didapati gagal diakses dimana laman ini tidak memaparkan sebarang video. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh mereka yang berada di Malaysia, malah seluruh dunia turut mengalami masalah yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screen Shot 2018-10-17 at 10.34.30 AM
Youtube gagal diakses

Berdasarkan masalah yang berlaku pada YouTube, beberpa Youtuber turut meluahkan rasa kecewa serta memuat naik di laman Twitter.

Setakat percubaan terbaru kami, laman ini sudah berjaya diakses dengan baik. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda juga gelisah kerana gagal mengakses YouTube sebentar tadi?