Sejak akhir-akhir ini impak YouTube secara tidak langsung berjaya mengalih minat orang ramai daripada menonton televisyen kepada peranti mudah alih. Tidak hanya tertakluk kepada mereka yang sudah dewasa, malah kanak-kanak milenial juga lebih selesa menonton YouTube.

Lebih menarik, perkenalan aplikasi Youtube Kids secara tidak langsung bakal memudahkan kanak-kanak menonton video kesukaan mereka. Kini melalui kemaskini terbaru, para pengguna berpeluang mengakses profil Youtube Kids mereka sendiri melalui satu peranti sebagai inisiatif untuk memudahkan kanak-kanak menonton video.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
pasted image 0
Video yang dipaparkan bersesuaian dengan umur kanak-kanak

Dalam erti kata lain kanak-kanak akan dicadangkan pilihan video yang berkaitan berdasarkan apa yang ditonton mengikut usia mereka. Buat para ibu bapa, anda tidak lagi perlu risau soal video yang kurang sesuai ditonton kanak-kanak kerana Youtube Kids akan menapisnya.

YT Kids Update Pixel 2

Buat anda yang berminat untuk mencuba Youtube Kids, anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Playstore dan App Store. Aplikasi ini adalah percuma dan sesuai ditonton buat kanak-kanak 12 tahun dan kebawah.