Platform YouTube semakin digunakan ramai untuk menonton pelbagai kandungan video seperti filem, drama, berita harian, muzik dan sebagainya. YouTube sentiasa menawarkan kemudahan kepada setiap individu menerbitkan video mereka yang bertujuan untuk menjadi tontonan orang ramai.

YouTube vckt

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan kemudahan yang ditawarkan itu, YouTube kini telah mengumumkan bahawa platform penstriman video mereka telah berjaya memperoleh lebih 2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Menurut kajian sehingga bulan Mac lalu, peningkatan jumlah masa tontonan kandungan melebihi 250 jam setiap hari di televisyen telah menjadikan platform YouTube salah satu platform penstriman video yang berkembang pesat.

Meskipun peningkatan tontonan di televisyen bertambah, pihak YouTube mengatakan bahawa pengguna lebih gemar menonton kandungan video menggunakan peranti mudah alih dengan majoriti jumlah masa tontonan sebanyak 70 peratus.