Setelah lama dilancarkan di negara luar, akhirnya Malaysia secara rasminya telah menerima dua perkhidmatan penstriman berbayar daripada YouTube iaitu Youtube Premium dan YouTube Music. Perkhidmatan bakal membolehkan pengguna menstrim muzik dan video di YouTube tanpa sebarang iklan.

Menerusi perkhidmatan ini pengguna boleh menonton video dan menstrim muzik YouTube tanpa sebarang iklan. Selain itu, para pengguna turut berpeluang mencari muzik yang ingin didengari dengan lebih mudah dan pantas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
300201
Sumber: The Star

Harga langganan yang ditawarkan buat pasaran Malaysia adalah RM14.90 bagi YouTube Music dan RM17.90 bagi YouTube Premium. Seperti juga perkhidmatan penstriman yang lain, pakej keluarga turut ditawarkan dengan harga RM22.90 sebulan dan RM26.90 buat YouTube Music dan YouTube Premium. Pakej ini bakal mula ditawarkan seawal 15 November ini.

Sekiranya kebanyakan muzik yang didendagi anda daripada platform YouTube dan tidak tersedia di platform lain mungkin khidmat penstriman ini antara yang berbaloi untuk anda layari. YouTube turut memberikan peluang percubaan sebulan buat mereka yang ingin mencuba. Klik di sini untuk muat turun pada iOS dan dan di sini untuk Android.

Kami kongsikan kepada dua artikel popular melibatkan YouTube yang berlaku pada bulan lalu melibatkan kematian YouTuber Grandpa Kitchen yang membuatkan peminat sebak serta tindakan lampau YouTuber dari Kelantan yang mengundang kontroversi. 

Kematian YouTuber Grandpa Kitchen Buat Netizen Berduka

Padam Video Kontroversi, YouTuber Kelantan Mohon Maaf