Snapchat mungkin akan menerima persaingan terbaru selepas Facebook, Instagram, Whatsapp dan Skype memperkenalkan ciri stories di aplikasi masing-masing. Kini YouTube pula akan memperkenalkan ciri seakan stories yang dinamakan sebagai Reels.

Ciri ini akan membenarkan pengguna menyusun sehingga 30 saat klip video dengan tambahan suntingan pelekat, penapis, muzik, teks, dan pilihan reka bentuk yang lain. Berbeza dengan aplikasi lain, perkongsian YouTube Reels ini tidak akan hilang selepas 24 jam dan pengguna dibenarkan menjadi host lebih daripada satu masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

youtube-reels

Disamping itu, paparan muka mungkin berbeza dengan aplikasi yang ada sekarang iaitu bentuk ikon bulat pada bahagian atas. Sebaliknya, Reels akan mempunyai tab tersendiri.

Buat masa sekarang Youtube Reels hanya ditawarkan kepada pemilik channel yang terpilih sahaja. Ciri ini mungkin ditawarkan kepada semua pada awal tahun hadapan.

Sumber