Setiap tahun sejak 2013 YouTube telah menghasilkan YouTube Rewind yang memaparkan video, personaliti dan muzik yang mencipta fenomena di YouTube. Namun YouTube Rewind tahun ini telah mencatatkan rekod yang agak buruk iaitu jumlah ‘dislikes’ ke-2 tertinggi selepas muzik video ‘Baby’ daripada Justin Bieber.

Setakat artikel ini ditulis, YouTube Rewind 2018 telah mencatatkan sebanyak 8.8 juta dislikes berbanding muzik video ‘Baby’ sebanyak 9.8 juta dislikes. YouTube Rewind 2018 menerima banyak dislikes berikutan dengan beberapa bintang YouTube terkenal tidak termasuk dalam video tersebut. Antaranya ialah PewDiePie, Logan Paul dan Shane Dawson. Rata-rata penonton telah membanjiri ruang komen yang mempersoalkan mengapa individu diatas tidak dirangkumkan sekali di dalam video tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

capture-20181212-130704

capture-20181212-130147-vert

https://twitter.com/glitternelson/status/1070750885205209089

Buat penonton setia YouTube pastinya mengharapkan persaingan sengit antara PewDiePie dan T-Series dirangkumkan di dalam video ini tetapi tiada sedikit pun perkara ini disentuh melainkan hanya beberapa saat kemunculan kerusi milik PewDiePie sahaja yang dipertontonkan, itupun hanya sekadar animasi.

capture-20181212-131555

Namun terdapat beberapa personaliti dan video yang sememangnya dijangkakan oleh penonton seperti ‘Baby Shark’, ‘Fortnite’, ‘In My Feeling’ atau dikenali sebagai Keke Challenge. Adakah anda sudah menonton video ini? Jika belum berikut kami sediakan sekali video YouTube Rewind 2018 untuk tontonan anda.

P/S: Lagu ‘Baby’ nyanyian Justin Bieber dan Ludacris kekal sebagai video paling banyak dislikes selama 8 tahun berturut-turut. Mungkin YouTube Rewind 2018 akan pintas Baby tidak lama lagi?