Berikutan dua cabaran yang tular baru ini iaitu Bird Box dan Tide Pod, pihak Youtube telah meningkatkan peraturan keselamatan mereka dengan memperbaharui garis panduan pengguna.

Pembaharuan tersebut dilakukan untuk menjamin keselamatan pengguna dimana setiap kandungan yang dipaparkan dalam laman YouTube yang berunsurkan perbuatan yang berbahaya ataupun yang boleh membawa maut akan dilarang sama sekali untuk dimuat naik oleh pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
012918_tidepods_juliamoses
Tide Pod Challenge. Sumber: nyunews

Seperti yang anda sedia maklum, YouTube sememangnya platform dimana pelbagai cabaran dan ‘prank’ dilakukan namun pihak mereka juga perlu memastikan aktiviti yang dilakukan atas tujuan ‘hiburan’ ini tidak keterlaluan hingga boleh mengakibatkan kecederaan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna itu sendiri.

Dalam masa yang sama, YouTube juga turut melarang apa jua kandungan yang boleh membawa kepada ‘tekanan emosi yang parah’ kepada penonton mereka dan boleh membuat emosi seseorang itu terganggu dengan menonton kandungan-kandungan yang lebih membawa kepada tekanan emosi.

Bird-Box-challenge-pic (1)
Cabaran bird box yang mengundang padah. Sumber: KOAA

Berdasarkan penelitian sebelum ini, pengguna YouTube seringkali dilihat gemar melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri mahupun orang sekeliling mereka dengan hanya kerana ingin menyahut setiap cabaran yang seringkali tular semata-mata ingin tampil popular serta tidak ketinggalan.