Bermula bulan Ogos ini, YouTube hanya akan memaparkan angka yang paling hampir dengan jumlah pengikut bagi akaun yang mempunyai lebih daripada 1000 pengikut. Hanya pemilik akaun sahaja yang boleh melihat sepenuhnya jumlah pengikut mereka menerusi YouTube Studio.

Jumlah paparan yang akan disingkatkan ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan paparan pada peranti dengan jumlah pengikut yang hanya boleh dilihat pada versi desktop. Sebagai contoh, sekiranya saluran sesetengah YouTuber yang mempunyai jumlah pengikut sebanyak 133, 017, ianya hanya akan dipaparkan dengan jumlah 133K sahaja.

Screen-Shot-2018-01-08-at-6.49.39-PM
HYPE
Bertekak Gara-Gara Nak Beli Rumah Kedua, Apa Kena Pula Awal & Scha Ni?
Baca lagi →

Tindakan ini diambil adalah kerana pihak YouTube ingin menjaga kepentingan bersama antara pengikut dan pemilik akaun YouTube supaya ianya tidak dijadikan satu platform untuk menjatuhkan populariti seseorang apabila mereka menghadapi satu krisis atau isu yang membabitkan pemilik akaun YouTube tersebut.

Anda Mungkin Suka