Seorang YouTuber bakal berdepan tindakan undang-undang di Mesir setelah berkongsi video yang mendakwa dia telah menggunakan Piramid Giza dalam pesta untuk mendedahkan jantina anaknya yang bakal lahir. YouTuber yang bernama Siamand Mustafa itu berkongsi rakaman paparan Piramid Giza yang bertukar warna biru semata-mata untuk mengumumkan jantina anaknya.

Dalam video yang dimuat naik lima hari yang lalu, Mustafa dan isterinya Shahad menuju ke piramid bersama anak perempuan mereka dan beberapa rakan lain untuk pesta pendedahan tersebut. Mereka dilihat berdiri di hadapan Piramid Giza sambil menyaksikan lampu berkelip melintasi piramid sebelum menjadi gelap dan akhirnya bertukar menjadi biru. Mereka kemudiannya mula bersorak dan berteriak, sementara pasangan tersebut kelihatan gembira dan emosional.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun pesta itu tidak mendapat reaksi yang baik dari pihak berkuasa Mesir. Dia juga didakwa memanipulasi orang. Mohamed Abdelaziz, lelaki yang bertanggungjawab menjaga bunyi dan lampu Piramid Giza mendakwa bahawa acara yang diadakan oleh YouTuber terbabit adalah palsu dan tidak sah. Dia menyatakan bahawa Piramid Giza tersebut memang dinyalakan warna biru atas arahan Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kesihatan Mesir bagi menyambut Hari Hepatitis Sedunia.

Tambah Mohamed lagi, Piramid Giza tidak dibuka untuk pihak swasta dan dia tidak mengenali siapakah YouTuber terbabit. Justeru, langkah undang-undang akan diambil ke atas pasangan terbabit. Bagi Walid al-Batouty, mantan penasihat Menteri Pelancongan berkata bahawa perbuatan YouTuber terbabit mendakwa bahawa Piramid Giza dinyalakan untuk mendedahkan jantina anak mereka adalah palsu dan hanya mahu mengejar populariti sahaja.

Sewa Burj Khalifa untuk dedah jantina anak, pasangan ini habiskan RM380,000 demi konten YouTube. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Sewa Burj Khalifa Untuk Dedah Jantina Anak, Pasangan Ini Habiskan RM380,000 Demi Konten YouTube

Sumber