Seorang YouTuber terkenal dari Thailand, Natthamon Khongchak kini berada dalam pelarian selepas didakwa menipu beribu pelabur sebanyak 2 bilion baht (RM246 juta) melalui penipuan perdagangan pertukaran asing, menurut laporan The Straits Times.

Dia yang mengaku sebagai seorang peniaga forex yang berjaya telah menipu kira-kira 6,000 mangsa. Natthamon akan menjanjikan kepada pelabur pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat dan mengeksploitasi popularitinya, menurut peguam itu.

Dia kemudiannya akan berjanji kepada pelabur bahawa mereka akan mendapat pulangan 25 peratus untuk kontrak tiga bulan, 30 peratus untuk kontrak enam bulan dan 35 peratus untuk kontrak 12 bulan, dengan pulangan dibayar setiap bulan.

Natthamon, yang mempunyai lebih 800,000 pengikut di akaun YouTubenya Nutty’s Diary, dikatakan telah melarikan diri ke Malaysia. Seorang mangsa yang didakwa menjanjikan ganjaran 1 juta baht (RM2.2 juta ) kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat yang membawa kepada penahanannya.

Natthamon berkata dalam satu catatan di Instagram pada Mei lalu bahawa dia turut menanggung kerugian selepas melakukan kesilapan dalam perniagaan dan  berjanji untuk membayar balik pelaburnya.

Ini taktik ‘scammer’ di Delhi dan Agra, India serta tip untuk selamat. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ini Taktik ‘Scammer’ Di Delhi Dan Agra, India Serta Tip Mengelakkannya

Ketahui Jenis-jenis ‘Scam’ Yang Wujud Dan Rakyat Malaysia Percaya

5 Langkah Si ‘Scammer’ Luar Negara Menipu Penjual Di Malaysia