Seorang YouTuber dan tiga lagi rakannya kini ditahan polis berhubung kejadian teman wanita YouTuber itu cedera parah dipukul sebelum meninggal dunia. Polis menahan keempat-empat suspek berusia diantara 23 hingga 28 tahun itu di sekitar Teluk Kumbar bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, polis menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau pada jam 19.39 malam Sabtu mengenai seorang wanita berusia 20 tahun dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mangsa yang juga seorang YouTuber dikatakan mempunyai kesan lebam dan berada dalam keadaan kritikal semasa dibawa ke hospital. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia pada 3 April ketika menerima rawatan di Hospital Balik Pulau. Susulan daripada itu, polis bertindak menahan empat lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

Difahamkan bahawa wanita yang berasal dari Melaka itu mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya dengan objek tumpul sehingga tidak sedarkan diri sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.

Netizen kini mula berteka teki tentang siapakah YouTuber tersebut, sebahagian mendakwa bahawa individu tersebut mempunyai akaun YouTube dengan 107,000 pengikut. Manakala yang lain cuba mengorek kisahnya sebelum ini.

Empat lelaki itu direman sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

Aksi kejam YouTuber ini seksa kekasih sehingga maut disiarkan secara ‘Live’ di YouTube. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Aksi Kejam YouTuber Ini Seksa Kekasih Sehingga Maut, Disiarkan Secara ‘Live’ Di YouTube

Acah Tampar Dan Ganggu Wanita Tidak Dikenali, Tindakan YouTuber Ini Undang Kemarahan Netizen

Muat Naik Konten Islamkan Seorang Lelaki, Tindakan YouTuber Ini Undang Pelbagai Reaksi Netizen