Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang terkenal kerana terdapat pelbagai tempat yang menarik dan paling utama kerana kepelbagaian jenis makanan.

Senang cerita, boleh dikatakan negara kita ini ‘syurga makanan’. Mana tidaknya, mahu makanan Melayu, Cina, India, Jawa dan pelbagai lagi semua ada. Terbaharu, seorang YouTuber, Darrren Cronian telah berkongsi video beliau ke Malaysia dari Athens semata-mata kerana nasi lemak.

Beliau jatuh cinta dengan rasa nasi lemak ketika pertama kali mencubanya 5 tahun yang lalu apabila beliau bercuti di Malaysia. Selain daripada makanan, beliau menyukai kepelbagaian kaum di sini dan hospitiliti yang ditawarkan membuatkan beliau berasa seperti di rumah.

Berikutan perkongsian beliau, rata-rata netizen mengucapkan selamat datang kepada beliau dan mengatakan tindakan Darren sanggup travel ke Malaysia cukup inspiring.

Screenshot 2019-11-08 at 8.53.06 AM

Screenshot 2019-11-08 at 8.51.36 AM

Untuk pengetahuan anda, beliau merancang akan berada di Malaysia selama 4 minggu untuk melawat tempat-tempat menarik dan mencuba makanan rakyat Malaysia. Malah, beliau baru sahaja mengajukan soalan dimana beliau boleh dapatkan ‘street food’ terbaik di Malaysia?

https://twitter.com/theremotehive/status/1192595694936215553

Mungkin anda yang selalu food hunting boleh membantu beliau untuk menikmati makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti masyarakat setempat. Nampaknya ramai pelancong luar yang gemar melawat Malaysia semula kerana kelazatan makanan kita.

Di bawah ini kami listkan beberapa tempat makan yang best di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

8 Tempat Makan Di Kuantan Yang Anda Boleh Nikmati Keenakan Hidangannya

Netizen Mahu Nasi Lemak Jati Yang Terkenal Di Shah Alam Buat ‘Comeback’

Sumber