Gara-gara memuatnaik konten mencuri masuk ke dalam kawasan taman tema Sunway Lagoon di YouTube, polis kini mengesan tiga lelaki tempapan yang disyaki melakukan perbuatan tersebut.

Menurut Ketua Polis Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata, kejadian itu disedari seorang pekerja taman tema berkenaan selepas melihat klip video itu di YouTube semalam dan menceritakan bagaimana dua daripada mereka menyelinap masuk tanpa membeli tiket.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, suspek dipercayai mencampakkan telefon bimbit ke dalam kawasan taman tema dan memperdaya pekerja taman tema dengan mengatakan telefon bimbit tertinggal dalam taman tema lalu dibenarkan masuk oleh pekerja sebelum mereka menghilangkan diri.

Hasil siasatan awal mendapati suspek merupakan seorang pengguna YouTube dan video dimuatnaik menggunaka akaun YouTube ‘Ryaan Key’. Menjengah ke akaun YouTube tersebut, banyak konten menyelinap masuk ke beberapa tempat dan juga konten ‘bizzare’.

Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan perkara tersebut bolehlah menghubungi pihak polis di talian 03-56210343. Kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Makanan Terbiar Atas Dapur, Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama

Tular Video Pekerja Campak Barang Dari Pesawat, Ini Penjelasan Lion Air

‘Macam Mana Boleh Lulus’- Netizen Pertikai Rekaan Laluan Pejalan Kaki River Of Life Yang Tidak Masuk Akal

Sumber