Entah apa yang difikirkan tetapi ianya memang satu aksi yang aksi yang kurang cerdik. Seorang YouTuber yang berasal dari United Kingdom, Jimmy ‘Hay’ Swingler di laman YouTube miliknya, TGFbro merasakan ianya sesuatu yang lucu untuk memasukkan kepala beliau ke dalam ketuhar gelomnbang mikro.

Di dalam video ini, Jimmy dan rakannya bergelak ketawa pada awalnya selepas menyimen kepala Jimmy ke dalam ketuhar gelombang mikro ini dan merasakan semuanya berada dalam perancangan. Tetapi di pertengahan video, Jimmy sudah mula panik dan susah untuk bernafas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

cement 2

5 orang pegawai bomba kemudian dikejarkan ke rumah Jimmy selepas mendapat panggilan kecemasan daripada salah seorang rakan Jimmy. Namun pihak bomba West Midlands nyata tidak begitu gembira dengan apa yang dilakukan oleh Jimmy.

Nyata ketika ini ramai yang membuat perkara pelik untuk mendapat views di YouTube tetap video oleh Jimmy ini antara yang paling kurang cerdik dan menyusahkan orang. Jika beliau inginkan views, ianya berjaya kerana video ini sudah ditonton lebih 2 juta kali dalam masa 3 hari ianya dimuat naik.

Pengajaran di sini adalah kalau anda ingin hasilkan satu video YouTube, buatlah video yang tidak membahayakan diri. Silap langkah, nyawa boleh melayang.