Siapa sahaja tidak mengenali YouTuber Isa Isarb yang sering menyajikan pelbagai konten menarik menerusi salurannya. Sebagai pencipta kandungan, beliau sering tampil dengan konten unik untuk menarik minat penonton di luar sana.

Menerusi video terbaharunya, beliau telah berkongsi sebuah setup pc bangsawan yang berharga lebih RM40,000 dan dikira sudah menyamai harga sebuah kereta Axia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: YouTube Isa Isarb

Setiap komponen yang terdapat pada komputer datang daripada jenama terkemuka dengan spesifikasi terkini. Antara komponen termahal di dalam senarai termasuklah monitor melengkung berharga RM6,700, kad grafik NVIDIA GEFORCE RTX 4090 berharga RM8,299 dan Kingston Fury RAM berharga RM3,116.

Selepas selesai membina PC tersebut, beliau telah menguji kemampuan komputer miliknya termasuklah melancarkan perisian yang intensif, menghasilkan rendering sesebuah video dan memasang permainan bergrafik tinggi pada tujuh monitor secara serentak.

Beliau juga telah membanding kepantasan komputer miliknya dengan MacBook Pro dan juga beberapa komputer riba rakan sekerja. Menerusinya, PC milik beliau mempamerkan kepantasan yang luar biasa untuk sejumlah ujian yang dilakukan.

Memang terbukti komputer miliknya mampu menjalankan kesemua perisian dengan lancar serta boleh lakukan rendering dalam tempoh yang singkat. Difahamkan komputer yang dibina bakal digunakan untuk tujuan kerja di mana kita sedia maklum pencipta kandungan sering memasang perisian yang intensif menerusi komputer mereka.

Sumber