Anda mungkin pernah mendengar namanya atau mungkin juga tidak pernah mendengar namanya sebelum ini.

Tetapi apa yang pasti Youtuber dari Malaysia, Adam Shamil (seperti dimaklumkan beliau sendiri) adalah individu pertama dari negara ini yang pernah berkolaborasi bersama Nas Daily, content creator yang terkenal dengan video ‘satu minit’ di media sosial sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini, selepas difahamkan pernah terlibat untuk penghasilan video Asia’s Superhuman pada September lalu bersama Nas Daily, beliau baru-baru ini dilaporkan telah menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar di Nas Academy.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Adam melalui satu perkongsian yang diterbitkan Gempak baru-baru ini dimana dia memberitahu dihubungi Nas untuk menyertai akademi berkenaan.

Nas Academy adalah merupakan akademi dalam talian yang membimbing content creators untuk menghasilkan kandungan dan merupakan hasil usaha individu terkenal di sebalik video-video Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin.

“Ia (video berkenaan) menjadikan saya rakyat Sabah dan Malaysia yang pertama berpeluang mengarahkan siri video oleh Nas Daily!

“Dia juga telah menawarkan saya untuk menyertai Nas Academy sebagai tenaga pengajar pencipta kandungan,” jelas Adam seperti dipetik Gempak.

Adam pada Ogos tahun lalu memaklumkan di akaun Instagram-nya beliau telah dipilih untuk mengarahkan salah satu episod siri Asia’s Superhuman yang dikelolakan Nas Daily.

Untuk episod yang diarahkannya tersebut, Adam telah menampilkan kisah Vevenoah yang tular dengan kisahnya berusaha mendapatkan capaian internet di Sabah sebelum ini.

Buat anda yang tidak tahu, Adam Shamil merupakan seorang Youtuber tempatan dengan lebih 100,000 subscribers dan pernah menghasilkan video penghantar makanan Grab, Hilmi yang tular sebelum ini kerana telefonnya dicuri ketika sedang bekerja.

Tonton video ini di bawah dan anda mungkin mengingatinya pernah membuat kemunculan di timeline anda sebelum ini.

Baca juga perkongsian kami mengenai senarai Youtuber tempatan yang paling ramai ditonton sepanjang tahun lalu melalui pautan di bawah.

Isa Isarb Muncul Sebagai YouTuber Paling Popular Di Malaysia Sepanjang 2020

Raih Pendapatan Tertinggi YouTube, Ryan’s World Kalahkan MrBeast Dengan Bayaran RM119.5 Juta Setahun

Gadis Berusia 12 Tahun Ini Tersenarai Sebagai 10 YouTuber Dengan Jumlah Pengikut Tertinggi Malaysia

Sumber