Salah satu YouTuber terkemuka di Malaysia adalah Aqil Zulkiflee yang mana menfokuskan kepada konten kanak-kanak. Bakat beliau nampaknya kini menarik perhatian saluran televisyen kanak-kanak terkemuka dunia, Nickelodeon.

Pengamal YouTube Aqil Zulkiflee, 27, tidak menyangka beliau menjadi wakil tunggal Malaysia dicalonkan dalam acara berprestij Nickelodeon Kid’s Choice Awards 2023 dalam kategori Fav Asian Creator.

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Aqil atau nama sebenarnya Ahmad Aqil Zulkiflee berkata, dia terkejut apabila menerima emel daripada pihak Nickelodeon bulan lalu walaupun pada awalnya menyangka ia emel palsu.

Selepas menyedari e-mel rasmi yang diterima itu adalah sah, beliau pun bersetuju untuk menjadi calon wakil negara untuk bertanding di dalam anugerah terbesar itu. Berdasarkan kajian beliau, kali terakhir ada wakil Malaysia untuk kategori YouTube adalah lebih 10 tahun lalu.

Sumber Gambar: Nickelodeon

Untuk memenangi anugerah tersebut, kini menggandakan usaha untuk memancing rakyat Malaysia mengundinya. Hal ini kerana wakil daripada Indonesia, Jepun dan juga Filipina terdiri daripada influencer terkemuka yang bakal memberikan saingan sengit pada kali ini.

Aqil yang juga pemenang trofi YouTuber Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 itu yakin sokongan rakyat negara ini mampu bantunya realisasikan impian itu.

“Peluang ini bukan senang nak dapat jadi saya kena usaha sebaik mungkin. Setiap hari saya akan buat video dan maklumkan kepada penonton untuk terus mengundi saya. Baik menerusi YouTube, Instagram dan WhatsApp”, katanya lagi.

Beliau berhasrat untuk memenangi anugerah berprestij kerana sebagai satu batu loncatan untuk mengembangkan lagi namanya.

Untuk makluman, beliau mula aktif memuat naik video YouTube ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan memilih untuk terus bekerja sendirian sahaja. Tanpa perlu kumpulan produksi yang besar, beliau bersama seorang pembantu sudah memadai untuk pembikinan kontennya.

Untuk mengundi Aqil, anda boleh lakukan menerusi laman rasmi undian Nickelodeon dengan klik di sini. Diharapkan beliau dapat memenangi anugerah berprestij ini yang mana dapat mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.