Nama Ryan ToysReview mula naik sekitar tahun lepas berikutan dengan kejayaannya menempah nama sebagai YouTuber dengan bayaran paling tinggi iaitu RM92 juta masa 12 bulan. Tahun ini sekali lagi kanak-kanak berusia 7 tahun itu menempah kejayaan dengan mempunyai rancangan bersiri sendiri di Nickelodeon.

ryan-toys-review-nickelodeon

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rancangan yang dikenali sebagai Ryan’s Mystery Playdate akan menampilkan cabaran mencari permainan yang berlain di setiap episod. Rancangan tersebut juga akan dibintangi oleh kedua ibubapa Ryan, rakan-rakannya dan beberapa watak animasi seperti Gus The Gummy Gator dan Combo Panda.

Difahamkan juga, melalui 20 episod yang bakal tayang tahun ini akan ada segmen review permainan seperti yang dilakukan oleh Ryan di laman YouTubenya. Segmen ini akan disertakan sekali bagi menarik lebih ramai peminat YouTube Ryan untuk terus mengikuti perkembangan dan aktiviti terbaharu kanak-kanak tersebut.

Sumber