Menurut sumber, PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PNBMV) menyatakan penceroboh itu sudah ditahan pada Mei tahun lepas, malah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan tetapi tidak mendedahkan hukuman yang dikenakan terhadap mereka.

Syarikat berkenaan turut menegaskan aksi atau tindakan yang dilakukan oleh empat orang lelaki warga asing itu menyalahi udang-undang, malah berbahaya dan merisikokan nyawa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Oleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Bukan itu sahaja, syarikat itu menekankan bahawa tapak Merdeka 118 masih aktif dengan kerja-kerja pembinaan. Tambahnya, PNBMV akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan di menara kedua tertinggi di dunia.

“Menceroboh merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah atas perbuatan ini akan dikenakan tindakan sewajarnya,”ujar syarikat itu.

Sebelum ini media melaporkan pencipta kandungan YouTube, Driftershoots membuat perkongsian video pencerobohan mereka memasuki menara 118.

Menerusi video yang berdurasi 7 minit 18 saat itu menunjukkan satu kumpulan yang terdiri daripada empat individu, tetapi dua daripada mereka dikaburkan muka. Mereka kelihatan memakai jaket seperti pekerja binaan ketika menyelinap ke tapak bangunan tersebut.

Selepas menawan menara Merdeka 118, mereka kelihatan gembira serta meraikan kejayaan yang sukar itu dengan minuman keras setibanya di bilik hotel.

Sebelum tindakan ‘berani mati’ keempat lelaki warga asing tersebut, pasangan dari Rusia, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau juga pernah menceroboh hingga ke puncak menara kedua tertinggi dunia itu pada bulan lalu dengan memakai hijab untuk menyamar.

Dimaklumkan, pada 29 Disember lalu, polis menerima laporan daripada pengurusan Menara Merdeka 118 meminta tindakan lanjut berhubung kes pencerobohan pasangan tersebut yang disyaki memanjat menara berkenaan.