Permainan God of War Ragnarok baru sahaja dilancarkan secara rasmi baru-baru ini dan sudah ada segelintir individu yang berjaya menyelesaikan permainan tersebut. Menariknya, salah seorang pemuda dari Malaysia berjaya mencatatkan namanya di dalam carta global tersebut.

Najmi atau The Kampung Nerd kini merupakan orang ketiga di dunia dan juga pertama di Malaysia yang berjaya meletakkan dirinya pada carta platinum God of War Ragnarok. Meskipun baru sahaja dilancarkan dua hari lalu, beliau telah menerima kod permainan GOW untuk tujuan ulasan dan kini berjaya menyelesaikannya lebih awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Twitter

Najmi mengatakan pada tahun 2018, beliau merupakan orang ke-enam yang berjaya menghabiskan permainan God of War pada waktu itu. Bagaimanapun, beliau sangat beruntung pada kali ini kerana berjaya menjadi orang ketiga di dunia dan muncul pertama di Malaysia untuk menghabiskan permainan itu.

Untuk makluman, anda perlu menyelesaikan kesemua misi di dalam permainan serta mendapatkan kesemua trofi yang berjumlah 36 dengan anggaran masa selama 40 jam. Buat mereka yang bermain God of War, anda pasti sudah ketahui betapa susahnya mendapatkan trofi walaupun dimainkan pada mod mudah.

Di sini, kami mengucapkan tahniah kepada beliau kerana bukan sahaja berjaya tersenarai pada carta global permainan tersebut malahan meletakkan nama negara Malaysia di mata dunia. Anda boleh lihat ulasan beliau mengenai permainan GOW menerusi video di atas.

Sumber