Ketika ini peniaga kecil turut terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rata-rata peniaga cuba untuk berniaga dalam talian untuk menambah pendapatan. Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang peniaga burger kena prank oleh YouTuber dan scammer tersebut mendakwa dirinya Ginnyboy.

Peniaga tersebut tertipu dengan penipuan scammer tersebut yang telah membuat pesanan 20 burger dan meminta untuk membuat bayaran ketika penghantaran di cawangan Public Bank di Jalan Klang Lama. Peniaga tersebut yang telah menunggu di Public Bank terkejut apabila ‘pembeli’ tersebut mengatakan ia hanyalah sebuah prank dan telah mengakibatkan peniaga tersebut kerugian RM140.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak sangka akan ditipu, peniaga tersebut percaya kerana ‘pembeli’ tersebut mengatakan anaknya sudah berada di sana untuk mengambil burger itu.

Berikutan itu, Jinnyboy dalam satu kenyataan di Facebook menegaskan bahawa prank tersebut bukan dilakukan oleh pihak Jinnyboy TV. Beliau turut mendakwa ada pihak yang cuba menyamar jadi dirinya lakukan prank tersebut.

Malah, prank terakhir yang dilakukan oleh beliau adalah 7 tahun di sebuah stesen radio dan beliau meminta agar peniaga yang kena tipu tersebut untuk ke balai polis membuat laporan polis.

Difahamkan, orang ramai yang mengetahui akan perkara ini telah cuba menghubungi nombor orang yang melakukan prank tersebut malangnya gagal dihubungi.

Pastinya perkara ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi peniaga dalam talian terutama sekali saat ini dan mungkin selepas ini perlu membuat bayaran terlebih dahulu sebelum penghantaran dilakukan.

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Sebelum ini juga perkara seperti ini pernah berlaku dan menyebabkan penghantar makanan mengalami kerugian.

Klik pautan di bawah untuk ketahui kisah kerugian yang dialami oleh penghantar makanan akibat prank dilakukan oleh pelanggan.

Penghantar Makanan Ini Kerugian Hampir RM200 Selepas Di ‘Prank’ Customer Untuk Hantar Udang Keju

Duit Hasil Titik Peluh Wanita Ini Berjumlah RM66 Ribu Ditipu Kenalan Keluarga

7 Jenis Penipuan Makanan Yang Berlaku Setiap Hari Tanpa Pengetahuan Kita