Kolaborasi jenama fesyen mewah bersama jenama fesyen yang lain mungkin bukan sesuatu yang asing. Pada kali ini, Yves Saint Laurent mengambil pendekatan berbeza dengan berkolaborasi bersama jenama speaker terkenal dengan Bang & Olufsen dalam menghasilkan dua speaker mewah.

Melalui kolaborasi ini, speaker keluaran Bang & Olufsen melalui model Beoplay A9 dan A1 diberi sentuhan logo Saint Laurent pada bahagian speaker. Rekaan yang dihasilkan ini sekaligus membangkitkan nilai premium pada produk ini.

Dua model speaker Beoplay A9 dan A1 hasil kolaborasi dua jenama mewah ini ternyata turut ditawarkan dengan tanda premium. BeoPlay A9 ditawarkan pada harga $460 (RM1,908.08) manakala BeoPlay A1 hadir dengan saiz lebih besar mula dijual pada harga $4,650 (RM19,288.20). Model kolaborasi ini nampaknya cuma ditawarkan di butik Saint Laurent yang terletak di Paris dan Los Angeles.

Screen Shot 2019-06-21 at 12.37.32 AM

Screen Shot 2019-06-21 at 12.48.08 AM

MiTEC
HYPE
‘Hi HOME Property Event’ Acara Hartanah Unik Yang Akan Berlangsung Pada 25 Julai 2019
Baca lagi →