YTL Communication baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan mereka mengenai dua insiden yang melibatkan telefon Yes Altitude 3. Berdasarkan siasatan awal mereka, syarikat itu menyatakan bahawa skrin kedua-dua telefon pintar tersebut tidak terkesan dan ini menunjukkan bahawa telefon itu tidak meletup.

Bagi menjawab dakwaan, YTL memberitahu bahawa kejadian pertama yang dilaporkan di Gombak adalah disebabkan bateri. Dalam penjelasan mereka, integriti telefon tidak terganggu dan ia masih boleh berfungsi dengan bateri baharu. Manakala kejadian kedua yang berlaku di Temerloh pula, YTL menyatakan bahawa telefon tersebut telah dicas menggunakan kabel pengecas pihak ketiga dan bukannya yang dibekalkan oleh YTL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui siasatan mereka, YTL mendapati bahawa kabel pengecasan yang digunakan mengalami kesan terbakar dengan pendawaian yang terdedah. Ini disebabkan oleh haba panas yang tertumpu pada kabel pengecasan dan bahagian atas telefon. Seperti kejadian pertama, YTL Communications mendakwa bahawa skrin peranti berada dalam keadaan baik dan ini menunjukkan bahawa telefon tidak meletup.

Pihak syarikat juga telah menghubungi pengilang, China Mobile dan pembuat bateri, UTime Limited untuk melakukan audit terhadap pengeluaran dan tahap kawalan kualiti produk. YTL mengesahkan bahawa peranti keluaran mereka telah mematuhi semua kehendak kesihatan dan keselamatan antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications Wing K Lee berkata bahawa pihak syarikat berterima kasih kepada Puan Suryani Abd Ghani dan Encik Mohd Najif dan keluarga mereka atas kerjasama dalam membantu siasatan. Dia menambah bahawa telefon keluaran YTL selamat digunakan dan ia telah dibuktikan oleh rakan perkilangan YTL yang bertanggungjawab dengan penghasilan produk dan kualiti peranti tersebut.

Bagaimanapun, Wing K Lee mengingatkan kepada para pelanggan untuk menggunakan pengecas asli yang dibekalkan bersama-sama dengan telefon bimbit dan kabel pengecas yang diperakui oleh SIRIM.

Kenyataan yang dikeluarkan YTL ini adalah untuk menjawab dua insiden yang berlaku disebabkan oleh aspek keselamatan telefon Yes Altitude 3. Sejak perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan, sebanyak 100,000 telefon percuma sudah diagihkan oleh YTL Foundations.

Dugaan murid PdPR, telefon jenama Yes pakai tak sampai sebulan terbakar secara tiba-tiba. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Dugaan Murid PdPR, Telefon Jenama YES Pakai Tak Sampai Sebulan Terbakar Secara Tiba-Tiba

Lagi Kes Peranti YES Rosak, Kali Ini Didakwa Meletup Ketika Sedang Dicas

Angkara Telefon YES Meletup, Xiaomi Hadiahkan Pelajar Ini Redmi Note 10 5G Bagi Tujuan PdPR