Sejak mula YB Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, pelbagai spekulasi timbul dikalangan netizen mempertikaikan sebab di sebalik tindakan beliau yang baru sahaja menjawat jawatan tersebut selama 20 bulan.

Keadaan menjadi lebih panas apabila saham YTL Corporation Berhad yang dikaitkan dengan spekulasi pengunduran YB Maszlee Malik terus melonjak naik sehari selepas peletakan jawatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
340794
Sumber: The Star

Terbaharu, YTL Communications mendakwa pihak mereka pernah menawarkan perkhidmatan internet secara percuma buat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) namun ditolak. Sebaliknya, pihak KPM telah melantik tiga penyedia perkhidmatan internet terdiri daripada Maxis, Celcom Axiata dan Telekom Malaysia.

Menurut YTL, pihak KPM pernah meminta syarikat YTL untuk menawarkan internet percuma untuk kegunaan 10,000 sekolah pada tempoh 1 Julai 2019 sehingga akhir tahun 2019 memandangkan pihak kerajaan ‘tidak mempunyai peruntukan’ untuk membayar perkhidmatan mereka.

Arahan daripada pihak KTM ini nampaknya turut disahut YTL Communications selepas menyatakan komitmen mereka untuk menawarkan internet percuma bagi tempoh enam bulan sebelum dikatakan ‘dikhianati’ apabila KPM menawarkan kontrak perkhidmatan internet kepada tiga syarikat lain dimana YTL tidak berada dalam senarai.

maxresdefault (2)
CEO YTL Communcations, Wing K. Lee. Sumber: LTE World Series

Pihak YTL juga turut menantikan alasan tawaran pihak mereka ditolak KPM namun pihak KPM tidak mengeluarkan sebarang jawapan. Dilaporkan YTL Communcations sudahpun melabur sebanyak RM4 bilion sempena projek ini sebelum disahkan tidak menerima kontrak penawaran internet daripada KPM.

Untuk pengetahuan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara pada tahun 2016 pernah mengusulkan agar kontrak YTL Communications ditamatkan dengan alasan penyediaan internet yang ditawarkan syarikat ini sangat teruk untuk kegunaan ramai.

Kami kongsikan kepada berita hangat minggu ini apabila YB Maszlee Malik secara drastik mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Turut, dikongsikan, kelajuan internet di Malaysia dilaporkan naik 300% dengan harga yang lebih rendah.

YB Maszlee Malik Sahkan Peletakan Jawatan Sebagai Menteri Pendidikan

Kelajuan Internet Di Malaysia Naik 300% Dengan Harga Yang Lebih Rendah