Jika sebelum ini jenama Christy Ng berkolaborasi dengan Hermo menghasilkan beg tangan yang sesuai digayakan dari semua peringkat umur, kini Christy Ng tampil berkolaborasi dengan Yuna menghasilkan koleksi saddle beg dan kasut terbaharu.

Menariknya koleksi edisi khas ini menampilkan 7 warna untuk koleksi Alis saddle beg dan 5 warna untuk kasut yang pastinya menarik untuk dipadankan bersama. Kolaborasi ini menampilkan koleksi rekaan beg tangan dan kasut yang terhad dan dihasilkan bersesuaian dengan gaya trendy dan kerjaya muzik Yuna.

Screenshot 2019-09-10 at 4.17.40 PM
HYPE
Jangan Kelipkan Mata Anda Dan Cari Apa Yang ‘Tersembunyi’ Untuk Menangi SAMSUNG S10 Plus
Baca lagi →

View this post on Instagram

We just can’t wait any longer. #YunaXChristyNg

A post shared by Shoe Heaven (@christyngshoes) on

Bagi anda yang ingin mendapatkan koleksi YunaXChristyNg ini, anda boleh beli di laman web ini atau kunjungi store berdekatan anda di Mid Valley Megamall, Aeon Mall Tebrau City, Kompleks SOGO KL, MyTown Shopping Centre dan juga 1 Utama Shopping Cente Old Wing. Malah, harga yang ditawarkan adalah mampu milik, dimana koleksi ini dijual pada harga RM189 untuk setiap kasut dan beg.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka