Penyanyi tempatan, Yuna yang telah menepa nama dipersada antarabangsa di pasaran Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila beliau berhasil mengumpul jumlah audio streaming mencecah 36 juta menerusi aplikasi muzik Spotify sepanjang tahun 2018 ini.

Jumlah streaming yang dikumpulkan oleh beliau itu merangkumi dari hampir 65 negara sekaligus dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai pengaruh yang besar dan kuat dalam industri muzik di Malaysia mahupun persada antarabangsa.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →
yuna11

Sumber: Live Nation TV

Yuna turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua peminat beliau yang telah memberi peluang dan memberi ruang untuk hasil lagu beliau terus bernafas dalam industri muzik serta tidak pernah bosan untuk terus memilih lagu nyanyian beliau sebagai hiburan lagu untuk aktiviti harian mereka.

Yuna mula dikenali ramai apabila lagu duet beliau bersama bintang R&B Usher berjudul ‘Crush’ pernah menduduki tangga ketiga di carta Billboard Adult R&B.

Yuna_-_Bandung_2016

Sumber: wikipedia

Kini kejayaan beliau sangat memberangsangkan dengan jumplah terkumpul menerusi data Spotify for Artis 2018 Wrapped, lagu nyanyian beliau dimainkan di purata 80, 000 di setiap Bandar di seluruh dunia sepanjang tahun dan ianya didengari hampir 2 juta pendengar berdasarkan purata setiap jam.

Anda Mungkin Suka