Semalam telah diumumkan full lineup untuk acara muzik Good Vibes Festival 2019 (GVF2019) yang akan berlangsung pada 20-21 Julai di The Ranch @ Gohtong Raya, Genting Highlands.

Antara artis yang ditambah untuk acara muzik ini adalah penyanyi kelahiran Malaysia yang kini menempa nama di persada dunia, Yuna, SonaOne dan juga Kugiran Masdo.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rae Sremmurd yang mula dikenali ramai menerusi single ‘Black Beatles’ merupakan nama besar yang akan menghiburkan peminat muzik di GVF2019 nanti selain 6black, BAYNK, Joji dan ramai lagi.

Tiket masih boleh didapati di laman http://www.goodvibesfestival.com/ dan buat peminat muzik tempatan dan luar negara, jangan terlepas peluang untuk menyaksikan acara muzik yang hebat ini.