Yuna, penyanyi popular yang menempa nama di persada antarabangsa mengakui bahawa segala apa yang dicapai olehnya hari ini tidak mudah.

Berkongsi cerita di laman Instagram miliknya, Yuna tanpa berselindung mendedahkan pernah disuruh untuk membuka hijab oleh segelintir pihak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada permulaan kariernya, Yuna memberitahu umum bahawa kejadian ini berlaku apabila beliau ditawarkan tempat untuk berada di bawah satu syarikat rakaman.

Namun, Yuna yang terkenal dengan fesyen hijabnya tidak pernah merasakan itu sebagai alasan untuk beliau menempa nama di pentas antarabangsa.

https://www.instagram.com/p/B8CPG4oB2dw/

“Saya pernah disuruh untuk membuka hijab jika saya mahu menandatangani satu label muzik ini, saya tidak mengikutinya, saya sedar betapa pentingnya menjadi diri sendiri.” Katanya.

Tidak cukup dengan itu, Yuna juga mendedahkan bahawa ada segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap beliau. Mereka meminta Yuna untuk mendedahkan bukan sahaja rambut, tetapi bahagian badan yang lain.

Dalam masa yang sama, Yuna memberitahu bahawa pada peringkat awal kemunculannya di dalam industri hiburan, tidak banyak majalah yang mahu meletakkan wajahnya di muka hadapan.

Namun beliau tetap bersyukur dengan segala apa yang dilalui olehnya dan gembira apabila ramai wanita diluar sana sudah berani untuk menampilkan diri mereka.

Untuk rekod, Yuna mula menulis lagu sendiri ketika berusia 14 tahun dan mula beraksi pada usia 19 tahun selepas belajar bagaimana bermain gitar. Dia telah tampil dalam banyak persembahan akustik sejak tahun 2006.

Jika anda adalah peminat muzik indie Malaysia, anda perlu dengar single terbaharu dari Nastia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nastia Tampil Dengan Single Terbaharu Tanpamu