Nampaknya hebat penangan video muzik single terbaru Forevermore nyanyian Yuna kepada peminat tegar beliau. Dan nampaknya, ada sesetengah peminat beliau di Malaysia yang terlalu fanatik sehingga terlupa adab dan etika.

71554278412_img_1621

Maldives
HYPE
F&N SEASONS Mahu Taja Percutian Mewah Anda Di Maldives Dan Cherating. Biar Betul?
Baca lagi →

Terbaharu, melalui sebuah Tweet pemilik stesen minyak lama di Kangar, Perlis yang mengadu mengenai sikap orang awam yang keterlaluan menceroboh kawasan tersebut ketika musim perayaan baru-baru ini.

Keterlaluan orang awam ini menimbulkan kebimbangan dan ketidakselesaan kepada pemilik. Mana tidaknya, ada yang sanggup memanjat pagar semata-mata untuk mengambil gambar untuk dimuat naik ke laman sosial masing-masing.

Peka dengan situasi tersebut, Yuna turut menegur peminat supaya menghormati privasi kawasan stesen minyak tersebut agar tidak menceroboh atau memanjat pagar stesen minyak berkenaan. Anda yang beraya di Perlis sempat atau tidak melawat lokasi penggambaran lain dalam Forevermore ini?

Anda Mungkin Suka